10 May 2020

Cara-cara request refund di Shopee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Oleh kerana Shopee ni now dah jadi platform WAJIB aku guna untuk beli barang. Lagi-lagi time MCO ni...so rumah aku memang hot spot untuk Poslaju dengan J&T ni... ahahaha

Namun, baru-baru ni aku, buat pertama kali aku terima barang yang salah dan harga dia sangat berbeza. Jadi aku sebagai pengguna kite perlu bertindak. Bak kata pepatah "If you don't ask, you don't get."

Sebelum ni, ada juga pernah minta refund, tapi seller tu yang minta, sebab seller ni jujur.

Now, problem sekarang seller ni taknak berkomunikasi, dan OF COURSE lah tak jujur. Maybe zaman MCO, semua orang terdesak untuk dapatkan duit. So, cara mudah adalah menipulah.

But, if they think they can beat the system, you should not allow it. Because we can.
Jangan guna konsep redha je. Fight for your own right! Walaupun u kalah, tapi u dah fight, just the system is not easy to fight.

Kalau nak guna konsep redha, takperlu la baca steps seterusnya.

So kembali ke Cara-cara request refund di Shopee.

Aku dah mesej si penjual, namun tiada balasan. Auto-reply dia cakap minta WhatsApp, so nampak sangat kebarangkalian untuk penjual tu menipu sangat tinggi. Sebab dia tahu Shopee tiada hak untuk campur sebarang urusan yang bukan melalui chat Shopee.

INGAT TU KORANG! Jangan sesekali berkomunikasi thru WhatsApp/call sebab benda tu tak boleh dijadikan bukti. Bukti yang akan digunakan oleh Shopee bila dia nak decide u betul or seller salah.

Jika korang rasa korang regular pembeli dan bijak, penjual sebenarnya lagi bijak, sebab dia dah berususan dengan ramai customer, bermaksud dia dah tahu bagai mana untuk memanipulasi customer dan sistem Shopee.

SO LAGI SEKALI AKU INGATKAN, jangan berurusan dengan seller, luar dari Shopee App.

Jika seller enggan bekerjasama, jalan lain adalah report ke Shopee, dan jika tak berjaya, jalan terakhir adalah report mengenai Shopee kepada SKMM.

Tapi kita cuba dulu berkomunikasi dengan seller (Melalui Shopee App).

Step 1: Pergi ke butang chat dan bagitahu masalah. Jangan klik "Order Received". Jika dah klik. Dah Game Over, tak perlulah kau nak request refund bagai dan tak perlu baca steps yang seterusnya.




Step 2: Jika seller bertindak diam sahaja. Pergi ke order you, klik "Request For Return/Refund"



Step 3: Di page ni u boleh isi details Return/Refund. Pastikan barang yang dipilih tu betul. Dan "Select Reason"...macam kes aku, aku terima barang lain.



Attach pictures, macam aku, aku screenshot page seller, sebagai bukti barang diterima lain dari barang yang diterima. Jangan lupa tangkap gambar barang yang diterima. PENTING!

Kes aku: Aku terima barang lagi murah dari barang yang dibeli.

Dan, aku screenshot juga gambar barang yang dijual oleh penjual dalam web tu. So, dari situ aku tahu harga betul dia. If u bernasib baik, ada juga gambar dari komen pembeli, so screen shot itu juga...nak tunjuk memang dapat barang lain. Sebab itulah, digalakkan untuk beli barang dari seller yang dah ada review. Lagi2 review bergambar, amat digalakkan.

Then klik "Select Solution"...Di situ ada dua options, (1) Return and Refund, (2) Refund.
Aku pilih nombor (2), sebab aku tak nak return, aku ok je dengan barang tu cuma aku tak puas hati sebab barang yang diterima lagi murah dari gambar yang dijual. Jadi tak adil la kan.

Jadi aku cuma nak seller refund balik duit aku yang terlebih bayar.

Attach gambar2 tersebut juga.

Final step: Nyatakan jumlah yang kau nak seller bayar...so aku just minta dia pulangkan jumlah yang aku nak tu.

Tapi, sebelum klik "Submit", semak semula maklumat yang diberikan. Sebab u tak boleh edit balik, hanya boleh view sahaja. Jadi, periksa betul2.

Sebelum u klik submit, dia akan bgtau tak bermaksud you boleh dapat duit yang u nak tu, semua tertakluk pada keputusan seller dan Shopee.




Then, boleh klik button "Submit".

After that,
u boleh view details refund u, seller diberi tempoh 3 hari untuk buat keputusan. Jika tidak ada sebarang keputusan, u automatic akan dapat refund yang u nak tu.
Tapi, if seller banyak songeh, maybe dia reject request tu. Then u boleh la buat report ke Shopee pula.

Dan, u boleh cancel request, CONTOH: jika sebenarnya u dapat item yang betul, setelah seller terangkan.






Walaupun begitu, if u kalah dalam proses ni, just buat aduan directly to Shopee, tapi if tak berjaya juga, report ke SKMM. Tapi, kena pastikan u ada bukti2 yang mencukupi, if tiada bukti, pergilah report ke mana pon, tidak akan berjaya.

All the best. Doakan aku punya claim berjaya. Amin.



No comments:

Post a Comment

Siler comment yer