16 October 2014

Cara-cara keluar duit ASB

Assalamualaikum,

Fuh lamanya tak update blog. Busy sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang yang nak jadi pelajar balik. Demi mengejar impian dan cita-cita aku.....hehe. InsyaAllah aku akan cerita mengenai sambung study ni.

Tapi, kali ni aku nak cerita "Cara-cara keluar duit ASB dengan mudah"



Oleh kerana aku first time keluar duit dari ASB yang tak banyak mana pon ni. Tapi memang desperate nak duit atas urusan sambung belajar ni. Rela dengan tak rela, aku keluarkan duit tu juga.

Aku keluarkan dekat Maybank sebab aku nak direct duit tuh masuk ke akaun Maybank aku.

Kalau keluar kan kat ASB, dia hanya akan bagi cash. Oleh kerana aku ni penakut nak pegang duit banyak-banyak sebab tuh aku guna cara ni.

Firstly,



Silalah pergi ke cawangan Maybank yang berhampiran. Selain Maybank, bank lain termasuk CIMB (*UPDATE 2019: keluar kat CIMB lagi cepat dari Maybank, tapi ikut cawangan masing2 la), Maybank, Affin Bank dan RHB pon boleh. Post office pon boleh tapi dia kasi cash, kalau pak cik (jaga kat ASB) tuh tak menipu aku la. Anyway, thanks pak cik for your help..hehehe

Secondly,

Pergi kaunter pertanyaan Maybank. Cakap nak keluar duit ASB dan masuk ke dalam akaun Maybank. Dia akan kasi borang color hijau. Isi IC, nama, nombor akaun ASB, jumlah duit yang nak keluarkan. Dan dia akan kasi satu helai kertas lagi untuk tulis nombor akaun dan jumlah pengeluaran. Done.

Jangan lupa bawak buku akaun ASB ya....*UPDATE 2018: sekarang bawa ic sahaja, tiada guna buku lagi

Thirdly,

G la menunggu kat kaunter bahagian ASB. Punya la lama menunggu. Kalau tidur dah boleh masuk alam mimpi tahap ke tujuh kot (Inception)...hehe...Sebab dia bukak satu kaunter je. Tengok muka orang bank tuh lagi la kesian. Dia buat keja laju, macam tak sempat nak bernafas je aku tengok. So, takde la nak marah sebab urusan ni lambat. Sebab Maybank tempat aku ni dari zaman aku habis sekolah lagi, apa-apa urusan kalau tak menunggu satu jam memang tak sah. Buat kad lambat, buat internet banking lambat. Sabar jela. Tapi aku fahamlah sebab ramai customer. Depa pon tak menang tangan buat kerja.

Then, setelah berkhayal hingga ke langit kedua belas. Barulah nombor aku dipanggil. Cop itu, cop sana, cop ini. Okay done. Duit terus masuk ke dalam akaun serta merta. Please la pegawai tuh gelak kat aku sebab aku tanya biler duit tuh masuk dalam akaun. Dia sengih, aku terkejut, "Serta merta, nak shopping sekarang pon boleh." Cis. Aku bukan nak guna untuk shopping, tapi untuk bayar VISA nak p sambung belajar nih. Tapi, lega. Selesai sudah. Mudah je rupanya. :)


Sekian. (*UPDATE 9 June 2015)



NEW UPDATE (6 Oct 2016)


Anda tidak boleh melihat baki akaun ASB anda melalui online banking. Tetapi BERITA BAIK KINI anda boleh melihat baki dan menambah pelaburan ASB anda di https://www.myasnb.com.my/

Tidak perlu lagi ke pos office/bank/ ASB untuk melihat baki. TETAPI, tetapi lagi...hehe...sistem masih dalam penambahbaikan..so sabar je laaa menunggu. *UPDATE 12 July 2017


Cara-cara update nombor telefon di ASB. *UPDATE 10 November 2017

Wah baru hari tuh pergi ASB di cawangan berdekatan dengan rumah aku. Wah dah renovate bagai...yang bagus siap ada kiosk untuk update maklumat diri. Bukan satu kiosk sahaja disediakan tapi 4 kiosk kalau tak silap! So tak perlu masa yang lama untuk tujuan itu. MUDAH! CEPAT! Just perlu ic dan jari anda untuk tujuan pengesahan...hehehe  

And, sekarang sebarang urusan di ASB, anda tidak perlu lagi membawa buku. Just perlu bawa IC anda. Senangkan! Tak payah lagi duk tercari2 buku ASB tuh. Tapi, aku tak sure jika urusan di bank. Hurm..siapa ada info please let me know. 





PERHATIAN!

*Update: 13 May 2020
Buat masa sekarang kita BOLEH melakukan pengeluaran wang dari ASB secara online melalui myASNB. Namun pengeluaran terhad kepada maximum rm500 sebulan. But yea!






Bolehkah anda melihat baki ASB di online banking?
For now, TIDAK BOLEH. Hanya boleh melihat baki di myASNB.









CARA-CARA VIEW ASB BALANCE DALAM MAYBANK APP!

New update 13 Feb 2019

Wah wah sekarang ni ASB update lagi sistem dia dengan Maybank. 
Benda ni dah lama, tapi tak sempat nak update.

Step 1: Login macam biasa.







 Sekian.