Assalamualaikum,
Hi, di sini ader tips lagi...kah2....semua ni berdasar pengalaman sendiri. Oleh sebab aku dah ada pengalaman apply benda alah ni. Jadi apasalahnya berkongsi kan.
Alhamdulillah, myBrain15 ni memang banyak membantu untuk pembayaran yuran. Tak payah rungsing. Cuma pada mula2 tuh, semester pertama tuh agak pening sikit.
REMINDER! MyMaster hanya bayar kos yuran SAHAJA. Kos sara diri hanya di apply untuk MyPHD sahaja.
Lagi satu, time aku dulu ada syarat dari segi CGPA. Tetapi sekarang dah takde syarat dari segi CGPA. Jadi semua pelajar master IPTA layak. Kalau salah jangan marah aku....hehe..larik
Apa2 boleh baca kat website rasmi myMaster k. Aku di sini cume nak kongsi pengalaman suka duka aku bersama myMaster nih jer...hehehe.
Klik sini ---> myBrain15
Pengalaman aku.
Mula2, pastikan anda telah menerima surat TAWARAN TIDAK BERSYARAT dari university anda. Jika "with condition" agak susah sikit nak dapat sebab banyak hal kene uruskan. HARUS tukar status "with condtion" kepada "without condition". Cara2 kene la pergi jumpa pejabat hal ehwal pelajar atau coordinator program korang. Surat tawaran aku tidak bersyarat jadi Alhamdulillah tiada masalah nak apply.
Kemudian, silalah bersiap sedia duit sendiri untuk bayar yuran semester pertama dulu. Sebab nak tunggu myBrain ni proses punyalahhhh lama. Makan masa berbulan2 juga la. Jadi sabar jela sebab kite nak mintak duit orangkan...hehe. Kalau tak silap aku, aku apply time hujung semester 1 sebab baru tahu benda tuh ada....kahkahkah. Kononnya nak apply TPM tapi tak sempat dan sekarang ada buka TAK LAYAK la pulak sebab UITM dah naikkan syarat. Dah memang bukan rezeki aku. Takpelah aku redha walaupun nangis la sikit juga hehehe.
Kemudian, after semester 2, dah approved, aku kira bernasib baik juge sebenarnya, time aku apply tuh time myBrain tengah proses. Ada orang cakap depa proses certain2 bulan je..Tak tahu la mitos ke apa. Tanya myBrain sendirik....(Maaf tau...huu)
Time buka je semester 2 tuh, so kelam kabut la semua warga yang mendapat myMaster. Mula2 kena pergi pejabat bendahari, isi borang untuk sahkan kita mendapat myMaster. Ini adalah bertujuan untuk CLAIM yuran waktu semester 1 dulu. Yup dapat balik duit tuh. Don't worry. Syarat pergi ke Pejabat Bendahari university anda. Benda ni tak perlu buat tiap2 sem. Just buat sekali je.
Then, secara automatic yuran semester 2 pon myBrain akan bayar.
Lagi satu, jangan lupa untuk submit borang laporan kemajuan kat myBrain. Anda harus menghadap Koordinator Program (KP) untuk minta sign and cop. Then, pos kan ke myBrain. Alamat ada kat borang tuh.
Untuk pengetahuan anda, myBrain bayar yuran amat lah lambat. Dah habis semester baru bayar. Jadi jika anda risau akan status pelajar anda. Sila contact Bendahari or myBrain. Ini untuk ease your mind la. Time tuh aku punyalah risau sebab KP dah bagi email suruh bayar yuran tapi Bendahari cakap tak payah bayar nanti dia update status orang yang dapat myMaster ni. Risau lah status pelajar kene revoke tak pasal2 kan. Tapi, Bendahari kata ignore je dulu sebab Bendahari nak update status dengan myBrain dulu....So don't worry like me...Just contact them yer.....hehe...
Okeh rasa itu sahaja kot. Kalau ada apa2 pertanyaan jangan segan2 sila COMMENT ok.
So sesiapa yang nak ambil master tapi tiada sumber kewangan yang mencukupi macam aku....hehehe. Moh p apply myMaster sebelum tahun 2015. Lepas tuh maybe akan keluar insiatif yang lain pulak kot. InsyaAllah.
*Update 28-1-16: Katanya MyBrain akan di extend kepada tahun 2020. So sapa2 nak sambung study boleh try apply. Lagi2 untuk myPhd, sangat2 berbaloi...RM2800 tuhhh!
*Update 28-1-16: Katanya MyBrain akan di extend kepada tahun 2020. So sapa2 nak sambung study boleh try apply. Lagi2 untuk myPhd, sangat2 berbaloi...RM2800 tuhhh!