27 October 2016

Fridge magnet di Iceland

Kalau nak beli fridge magnet di Iceland. Better beli di airport jer...Murah dan banyak pilihan! Jadi sila la habiskan ISK anda di airport hehehe.


Iceland best! Paling biler nak sampai tuh, boleh nampak obor2 dan ikan berenang2! Sangat banyak! Sambil dengar lagu wake up (dari ost The Secret Life of Walter Mitty). Siyes masyuk!


Jangan lupa try whale steak dia. Giler sedap. Jangan tanya ader cop JAKIM ke idok. InsyaAllah halal.



 Nothing special about the sculpture but you can see cahaya matahari tak habis2 sampai pukul 10 malam dah kottt....And if you're lucky, you can see aurora!


 So peaceful kat sini!



 Sebijik macam wallpaper windows lama hehehhe






 Lampu lip lap lip lap



 Nampak lubang kat tengah tuh, deme percaya kalo buat wish menjadi kenyataan kononnya.



 Tempat deme proses air. Deme korek dalam2. Ayaq tuh panas giler! Even dah lalu paip berkilo kilo meter tapi ayaq tuh still panas biler sampai ke kawasan perumahan.




Fridge magnet di Bergen

Lama tak update blog.

Tapi saja nak bagitau. Kalau nak beli fridge magnet or souvenir kat Bergen, Norway, sila lah beli di tiga kedai ni.

Kedai ni paling murah!

Elakkan p kedai hujung sekali (dari kiri jika hang menghadap kedai) sebab paling mahai! Uwek!


05 February 2016

Cara-cara set Overseas Spending & Withdrawal guna CimbClicks

Salam,

Kepada pengguna CIMB Clicks kalo nak gune kad MEPS korang kat overseas boleh set gune CIMBClicks sahaja. Tak perlu call or pergi ke kaunter.

Macam contoh hari tu, time aku pergi UK, aku just bawak £100 je. Malas nak bawak duit bebanyak.  Jadi kalau emergency je aku akan kuar kan duit dengan menggunakan kad aku ni. Untuk pengetahuan setiap pengeluaran ader cas. Tak sure sebab tak guna pon. Maybe RM10-20. Time tuh aku gune HSBC. HSBC akan cas RM5 setiap pengeluaran. Setau aku HSBC bank yang cas paling murah. Limit pengeluaran bergantung pada ATM. Contoh time tuh aku kuar dalam £570 sehari camtuh.

Tapi, aku tak leh nak ajar gune HSBC la...Sebab HSBC online aku dah kene lock lak sebab tak selalu guna...hehehehehe.

Ok, mula2 'Log in' ke CIMB Clicks.

Then, klik ke 'Settings' bawah 'Log Out'.
























Pilih 'Card Services'.


























Then, under dropdown ni. Pilih 'Overseas spending & Withdrawal'. Klik 'Select a service'.













Korang boleh pilih sama ader 'Permanent', 'Temporary', & 'Deactivated'. Then pilih duration untuk kad tuh active. Klik 'Submit'.






















*BONUSSS! Untuk naikkan limit ATM withdrawal (Untuk kegunaan dalam Malaysia sahaja). Korang pilih juge dari dropdown yang sama. Pilih 'Change ATM Transaction Limit'. Klik 'Select a service'. Pilihlah new limit up to RM10000! DONE!


29 January 2016

Cara-cara daftar akaun Lloyds Islamic Account

Salam,

Kepada yang nak buat akuan Islamic Lloyds boleh la rujuk di sini.

Okey first sekali korang boleh pergi bank atau call bank untuk buat appointment. Memang kene buat appointment, kalo tak buat memang tak leh. Nak buat akaun ni ambil masa setengah jam juge la. 

Cakap kat orang bank hang nak buat account untuk student dan Islamic puya. Then, dia akan set kan time dan hari.

Pada hari appointment tu. Jangan lupa bawak passport, bank statement (yang ni untuk pelajar sponsor korang bawak financial affidavit korang (tak sure ni bawak ke idak, bawak je kalo risau), proof of addresses and proof of student status (Offer letter).

Bank letter perlu di apply melalui student Union atau web Student Union. Nanti deme akan tanya nak gune bank apa. Then, dia akan bagi surat bank berserta cop pengesahan.

Note: Kalo takde alamat lagi, just gune je alamat kawan ke rumah tumpang ka.

Then, dia akan terus buatkan online banking.

Kad kene tunggu dia pos ke rumah. Boleh juga terus apply cheque sekali.

Kat sini kalau nak tukar tukaq password online banking ka, alamat ka, nombor tepon ka...kene p bank...leceh tul....tapi ini untuk tujuan keselamatan. Ini tidak perlu ader appointment. Just walk-in jer.

Itu saja. Kalau ader pertanyaan bole taya diruangan komen ya. Aku setia membantu.
Thank you.

Cara-cara view and manage akaun tabung haji di Maybank2u

Okeh bagi sesiapa yang tak tahu yang kite boleh check baki tabung haji and transfer duit tabung haji di Maybank2u, ini aku nak citer cara-caranya.

Mula2 hang mestilah ada akaun Maybank2u and tabung haji.

Then, (KLIK IMAGE UNTUK MELIHAT LEBIH JELAS)

Klik "Accounts & Banking" atau Quick Link->Transfer->Go
Dah klik, p carik Tabung Haji.















After klik tuh dia kan p page ni lak. Hang boleh transfer duit TH hang gune ni. Tapi hang tak leh transfer ke bank2 lain selain Maybank.











Ni kalo hang nak register haji....



















Aku dah register! Duit je tak cukop lagi hehehehe....







That's all! Selamat menyimpan! Doakan aku dapat menunaikan haji kelak! Aminnnn


Cara-cara buat windows partition guna EaseUS partition

Hi,

Lamanya tak update, sekarang ramai betoi tanya pasai ASB and P1wimax. Minta maaflah kalo aku tak menjawab sangat.

Okay sekarang memang busy memanjang, busy belajar bagai. Alhamdulillah, walaupun sedih juga melihat keadaan yang berlaku di Malaysia sekarang. Macam-macam isu. Geleng-geleng kepala je la baca. Tapi aku still rindu Malaysia.

Okay sekarang aku nak ajar cara nak buat partition yang mudah. Yup, memang boleh buat partition menggunakan windows sahaja.


Cara-cara: Control panel-> System & Security->Administrative Tools->Create and format hard disk partitions



Okay, tapi aku tak suka gune ni, sebab kekadang dia tak bagi aku partition kan specific saiz yang aku nak. So aku gune software ni EaseUS partition!

Sangat2 la best!

First korang install dulu!

 Okay ni contoh interfacenya...

Kat tepi ni korang boleh resize, merge, change label semudah ABC je...

Klik partition mana korang nak merge/resize. Then klik resize/move partition.

Then, korang adjust la saiz yang korang nak.


Then, klik Apply. Then, computer akan restart n siap!



  Kalo ader step yang tak faham boleh la tanya di ruangan komen ya!

Thanks! Semoga berjumpa lagi hehehe.