12 April 2018

Cara-cara claim rebate atau kredit hilang dari Celcom. 15 steps sahaja!



Assalamualaikum,

Kisah bermula:

Baru-baru ini ayah aku menerima beberapa mesej dari 39986.
Satu mesej kena cas sampai rm3 kot. Giler ar!
Rupanya dah lama ayah aku kena cas tapi ayah aku tak tahu (sebab ayah aku jarang guna hp)
Sampai satu hari aku cek kredit ayah aku dan aku hairan kenapa sampai nak kosong kredit ni? Tapi ayah takde guna pon.

Jadi dibawah aku cerita kan cara-cara untuk claim balik duit kita dari Celcom.

Semudah 15 steps sahaja!


1. Pertama, aku daftarkan nombor ayah aku di laman web celcom bagi tujuan cek transaction history. Pergi ke laman celcom: Celcom Online Customer Service

2. Cara daftar, just perlu isi username, nombor handphone, dan nombor ic baru. Then, akan terima verification code dari Celcom di hp anda, masukkan code tersebut untuk tujuan pendaftaran.




3. Kemudian,pergi ke "Account summary". Klik arrow (rujuk gambar di bawah) untuk tengok "Details".





4. Pergi ke ruangan "Credit Balance". Klik "View Usages"



5. Next, di ruangan "Usages". Klik "Usage Type" dan pilih "Service Charge". Pilih data range (Hanya history dalam tempoh 45 hari sahaja yang boleh di view)




6. Then screenshot transaction history (aku tak nampak fungsi export) (e.g: shorcut keyboard boleh tekan Alt + PrtScn)



7. Kemudian boleh pergi ke laman SKMM untuk membuat aduan. https://aduan.skmm.gov.my/

8. Klik "Aduan baru".





9. Then, dia akan tanya "Sudahkah anda membuat aduan secara rasmi kepada Pembekal Perkhidmatan?". Aku jawab Tiada/ No sahaja.




10. Di ruangan "Buat Aduan Baru / Lodge New Complaint". Pilih Jenis aduan: "Complaint", Jenis Perkhidmatan "Cellular Services", Kategori "SMS Service", Subkategori ni aku tak berapa sure tapi aku pilih "Unsubscribed SMS ECP"




11. Then isi maklumat pengadu, ceritakan masalah, dan paling PENTING attach kan "transaction history" yang kita dah screenshot tadi.




12. Then klik "Submit".


13. REMINDER! PENTING!
Simpan complaint ID bagi tujuan semakan kes progress dan boleh tutup kes jika dah selesai.
Tapi jangan risau, anda akan menerima salinan complaint di email anda juga.
Tapi, macam aku, aku just bookmark link aduan tuh, so senang nak bukak kelak. 
Malah Celcom pon akan send SMS notification dah terima aduan dari SKMM.


Contoh complaint ID:


Contoh "Log transaksi" untuk semakan kes progress:


Contoh sms Celcom bagitahu dah terima aduan dari SKMM:




14. Kemudian tunggu mesej kredit / rebat dari pihak celcom. Alhamdulillah kes selesai dalam masa 4 HARI BEKERJA SAHAJA! Cepat betul!

Contoh sms rebate yang diterima dari Celcom:






15. Akhir sekali, JANGAN LUPA! Dah dapat duit, now boleh pergi balik page SKMM, masukkan complaint ID dan klik "Close" untuk tutup case anda ok.






Sekian! Seee! 15 steps sahaja kannnn...hehehe





INFO TAMBAHAN: 

Tak perlu buat laporan ke pihak Celcom, sebab SKMM akan terus assign kan tugas ke pihak Celcom untuk investigate dan selesaikan masalah.

Lagi satu, JANGAN LUPA BLOCK atau STOP NUMBER SMS tu! Supaya tidak lagi terima SMS dari pihak JAHAT tu. Cara-cara block sms bergantung pada hp masing2 ya. Sorry tak dapat nak share part ni.

Harap dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah duit kredit di telan sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab. Reference Jazakallah

p/s: If ada apa2 masalah boleh tanya aku k. InsyaAllah kalo aku boleh jawab, aku jawab hehe

Salam.....

05 April 2018

Jumlah ayat di setiap Juz Al-quran


Juz 01 - 148 ayat.
Juz 02 - 111 ayat.
Juz 03 - 126 ayat.
Juz 04 - 131 ayat.
Juz 05 - 124 ayat.
Juz 06 - 110 ayat.
Juz 07 - 149 ayat.
Juz 08 - 142 ayat.
Juz 09 - 159 ayat.
Juz 10 - 127 ayat.
Juz 11 - 151 ayat.
Juz 12 - 170 ayat.
Juz 13 - 154 ayat.
Juz 14 - 227 ayat.
Juz 15 - 185 ayat.
Juz 16 - 269 ayat.
Juz 17 - 190 ayat.
Juz 18 - 202 ayat.
Juz 19 - 339 ayat.
Juz 20 - 171 ayat.
Juz 21 - 178 ayat.
Juz 22 - 169 ayat.
Juz 23 - 357 ayat.
Juz 24 - 175 ayat.
Juz 25 - 246 ayat.
Juz 26 - 195 ayat.
Juz 27 - 399 ayat.
Juz 28 - 137 ayat.
Juz 29 - 431 ayat.
Juz 30 - 564 ayat.

Jumlah keseluruhan ayat di dalam Al-quran ialah 6236.

Jadi, jika kome ingin khatam bermula dari 10 juz terakhir (Juz 20 - 30).
Boleh la ikut di bawah:

Juz 20 - 171 ayat.
Juz 21 - 178 ayat.
Juz 22 - 169 ayat.
Juz 23 - 357 ayat.
Juz 24 - 175 ayat.
Juz 25 - 246 ayat.
Juz 26 - 195 ayat.
Juz 27 - 399 ayat.
Juz 28 - 137 ayat.
Juz 29 - 431 ayat.
Juz 30 - 564 ayat.
TOTAL ayat = 3022

Anggaran:
18 ayat setiap kali solat x 6 solat (termasuk dhuha) = 108 ayat sehari x 7 hari = 756 ayat x 4 weeks = ~3024 ayat

atau

Kalo untuk 5 solat, ~ 22 ayat untuk setiap solat.

Tapi untuk saya, saya senang baca 20 ayat setiap kali solat....lebih mudah nak kira...hehe

Tapi, ini adalah hanya jika anda mahu khatam sebelum syawal bermula dari 10 juz yang terakhir.
Namun, disarankan bacalah Al-quran setiap hari, fahamilah juga maksudnya, jangan terburu2....bersama2 kite mendapatkan keredhaanNya...Amin....Selamat beramal

Reference Jazakallah