20 October 2014

Cara-cara apply TPM

Salam semua

Okey sempena TPM 2014/2015 nak bukak ni. 
Aku nak bagitahu cara-cara nak apply TPM.



Pertama
  • Korang hanya boleh apply bila system dah open sahaja. Tak perlu beli pin BSN ke apo ke *UPDATE Dec 2015: Pembelian nombor pin BSN dah berkuat kuasa la pulak (2015)...nak mohon kene beli...redha je la...huuuuu....... http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/ 
  •  
  • UPDATE 28-1-16: Sebelum beli nombor pin please make sure yang anda memenuhi syarat2 kelayakan memohon. Kalau tidak membazirrr saja beli okay! Bagi yang direct degree ke Phd, anda tidak layak memohon kerana tiada master.  Sistem memang tidak akan bagi anda proceed sekiranya tiada result master.

  • Anda MESTI lah BELUM memulakan pengajian tapi kalo dah dapat tawaran okey je. Nanti time interview cakap je dah ada supervisor or tawaran university (research). Coursework hanya bagitahu dapat tawaran. Tapi buat yang dah memulakan pengajian. Rasa tak boleh memohon…Jadi macam kes aku dululah.

  • Tapi kalo takde tawaran lagi pon. Jangan risau masih boleh memohon.

  • Pointer degree mesti lebih dari 3.00 even Master dapat 3.5 (untuk Phd sahaja). Sebabnya nanti system takkan lepaskan kite ke next steps. 

  • Bidang pula bergantung pada tawaran TPM tuh sendiri kalau fakulti ada permintaan untuk subject favourite korang. Apply la k.

  • Dan anda perlu dah graduate baru boleh mohon. Tapi, cer jer try mohon. Mana tau boleh.

  • UPDATE 28-1-6: Pleaselah fikir masak2, sekiranya terpilih, elaun tutor hanya RM1800 (master) & RM2300 (phd) SEBULAN! Elaun ini adalah yang terendah bagi pelajar SLAB/SLAI jika dibandingkan di Universiti2 lain. UIA (RM3000), UMK/UKM (RM2500-2800), UTM (RM2500), UNIKL (RM2500-2800) *Jika nilai berubah please notify me k. 
  • So jika anda seorang yang tidak bersyukur kerana elaun UITM sikit, sila jangan memohon. Juga TIADA elaun untuk suami atau anak2. Sebab dengar juga orang yang dapat TPM ni duk mengeluh dapat elaun sikit la dari Uni2 lain, UITM kedekut la. Ler hang dah dapat scholarship pon dah kire bagus, n kalau dah tau sikit buat apa apply TPM. Apply la scholarship2 lain. Silalah BERSYUKUR! Lagi2 sekarang susah nak dapat scholarship ni. Ramai menangis sebab tak dapat sambung belajar. HOKEY! Adoi emo lak.


Kedua
  • Untuk Phd. Perlu ada research proposal. 
  • Untuk master kalo korang nak wat coursework tak payah research proposal. *Bergantung kepada course yang ditawarkan, sesetengah course takde coursework, ada research je.....jadi perlulah buat research proposal


Ketiga

Then tunggulah untuk dipanggil interview. Interview simple je. Present bidang nak sambung tuh (untuk Master/Phd). Aku buat slide 5-10 je. Tak payah buat banyak-banyak nanti makan diri. Kalau boleh buat sendiri slide tuh, jangan amik dari lecturer korang. Dan buatlah seringkassss mungkin. Sebabnya kalo ambil tajuk tengah-tengah tetiba korang pon tak mahir tajuk tuh. Habislah nanti kene attack dengan panel. Ambil tajuk yang korang rasa mahir, deme just nak tengok skill korang mengajar je, content tak penting!

Kalo Phd hanya perlu present research proposal. Ni pon xperlu bebanyak. Bagitau, Research background, Problem, RQ, RA, LR sikit, Research Methodology. Done. 10 slides gak. Sikit jer. Tak yah bebanyak.



Keempat

Universiti boleh pilih sendiri nak sambung kat ne. Untuk LUAR NEGARA, mesti dalam ranking 200. Boleh rujuk kat http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/. Sekirangnya Universiti 200 ke atas, perlu buat surat ke dekan korang. Supaya boleh support korang nanti.

Untuk dalam, boleh apply Uitm, USM, UPM, UM, UKM dan lain-lain IPTA yang diterima oleh KPM.


Kelima

Bila dah dapat tawaran nanti, anda perlulah memenuhi syarat-syarat KPM nanti. Dan penuhi semua, then barulah anda kira BERJAYA MENDAPAT TAWARAN.

Untuk sesiapa yang ada kontrak. Jangan risau sebab korang just perlu buat surat (contoh: mintak JPA buat surat pelepasan kontrak dan korang majukan ke Uitm)

Syarat-syarat KPM selepas mendapat tawaran dari fakulti








Sebarang pertanyaan luar dari penerangan di atas bolehlah comment di bawah k. Takot aku tertinggal apa-apa ke. Kalo ada yang tak faham. Bagitau k. InsyaAllah aku akan jawab jika aku tahu.


Terima kasih. All da best. Jom kiter sambung belajar… (^__^)


Tips tambahan selepas dah dapat tawaran

 - Untuk sesiapa yang dah bekerja, perlulah ada surat rasmi dari majikan yang menyatakan anda telah berhenti kerja. Walaupun hanya kerja kontrak! 

- Jika anda diterima, anda perlu selagi membuat presentation, tapi presentation kali ini anda perlu ada surat tawaran Universiti, dah ada supervisor, research proposal yang lengkap! 

- Jika anda mengalami masalah seperti nak bersalin ke, visa ke, ATAS ke, anda boleh memohon penangguhan pengajian walaupn tempoh tawaran untuk penghantaran borang dah tamat. TAPI dengan SYARAT, sudah ada surat tawaran rasmi tidak bersyarat dari Universiti! Dan semua syarat yang ditetapkan KPM dah berjaya di penuhi. Anda hanya perlu membuat rasmi kepada dekan atau fakulti.

11 comments:

  1. Salam , saya lepasan Mass Comm (degree) sekarang berkerja dah 3 tahun. maksudnya, saya cuma perlu tunggu permohonan online TPM buka jelah kan? tak perlu apply Uni dulu sebelum apply TPM ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....yup bole juga begitu....tapi kalo dah apply U bole je, cume tidak boleh sedang dalam pengajian atau sudah memulakan pengajian

      Delete
  2. saya nak mohon TPM tp krg jelas psl ni.kalau nak buat by coursework blh kan? sbb saya pernah terdengar yg uitm prefer by research.jd kalau research kta kna buat proposal kan??mohon penjelasan.jika tak keberatan blh sy dptkan emel utk bertanya lebih lanjut?terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung....cube tengok courses yang ditawarkan dia akan bagitau dia nak research ke coursework....tapi kalo tpm selalu nak yang by research....

      haah kene wat reserach proposal....tp beberapa helai pon cukop

      Delete
    2. Sebarang pertayaan boleh di nyatakan di sini....
      minta maaf saya tidak boleh bagi emel...bagi mengelakkan spam....sorry ya....

      Delete
  3. Salam
    Saya nak tanya, utk PhD, Research Proposal kena buat yg baru atau mcmmna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, just a few pages (5 pages camtu)...masa aku, aku just edit my master report tp ikut la research yg u nak wat utk phd...kalo berkaitan...gune je...

      Delete
  4. tak yah beli no pin? memang boleh ye klau tanpa no pin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembelian nombor pin baru sahaja berkuatkuasa tahun ini.....
      pada tahun2 lepas....tiada pembelian nombor pin...huuuuu

      Delete
  5. nak tanya..kalau bidang ditawarkan takde sama dgn bdg kita..but university luar ngra ada bdg tu leh amik tpm ke? or kena ikot bdg yg uitm twar kt wrb tpm tu ja? terima kasih 🙋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, kite kene ikut bidang yang ditawarkan oleh Uitm...kalo boleh cari yang hampir2....tak serupa pon takpe :)

      Delete

Siler comment yer