28 September 2013

Cara-cara apply myBrain15 (MyMaster only)

Assalamualaikum,
Hi, di sini ader tips lagi...kah2....semua ni berdasar pengalaman sendiri. Oleh sebab aku dah ada pengalaman apply benda alah ni. Jadi apasalahnya berkongsi kan.
Alhamdulillah, myBrain15 ni memang banyak membantu untuk pembayaran yuran. Tak payah rungsing. Cuma pada mula2 tuh, semester pertama tuh agak pening sikit.
REMINDER! MyMaster hanya bayar kos yuran SAHAJA. Kos sara diri hanya di apply untuk MyPHD sahaja.
Lagi satu, time aku dulu ada syarat dari segi CGPA. Tetapi sekarang dah takde syarat dari segi CGPA. Jadi semua pelajar master IPTA layak. Kalau salah jangan marah aku....hehe..larik
Apa2 boleh baca kat website rasmi myMaster k. Aku di sini cume nak kongsi pengalaman suka duka aku bersama myMaster nih jer...hehehe.
Klik sini --->   myBrain15


Pengalaman aku.
Mula2, pastikan anda telah menerima surat TAWARAN TIDAK BERSYARAT dari university anda. Jika "with condition" agak susah sikit nak dapat sebab banyak hal kene uruskan. HARUS tukar status "with condtion" kepada "without condition". Cara2 kene la pergi jumpa pejabat hal ehwal pelajar atau coordinator program korang. Surat tawaran aku tidak bersyarat jadi Alhamdulillah tiada masalah nak apply.
Kemudian, silalah bersiap sedia duit sendiri untuk bayar yuran semester pertama dulu. Sebab nak tunggu myBrain ni proses punyalahhhh lama. Makan masa berbulan2 juga la. Jadi sabar jela sebab kite nak mintak duit orangkan...hehe. Kalau tak silap aku, aku apply time hujung semester 1 sebab baru tahu benda tuh ada....kahkahkah. Kononnya nak apply TPM tapi tak sempat dan sekarang ada buka TAK LAYAK la pulak sebab UITM dah naikkan syarat. Dah memang bukan rezeki aku. Takpelah aku redha walaupun nangis la sikit juga hehehe.
Kemudian, after semester 2, dah approved, aku kira bernasib baik juge sebenarnya, time aku apply tuh time myBrain tengah proses. Ada orang cakap depa proses certain2 bulan je..Tak tahu la mitos ke apa. Tanya myBrain sendirik....(Maaf tau...huu)
Time buka je semester 2 tuh, so kelam kabut la semua warga yang mendapat myMaster. Mula2 kena pergi pejabat bendahari, isi borang untuk sahkan kita mendapat myMaster. Ini adalah bertujuan untuk CLAIM yuran waktu semester 1 dulu. Yup dapat balik duit tuh. Don't worry. Syarat pergi ke Pejabat Bendahari university anda. Benda ni tak perlu buat tiap2 sem. Just buat sekali je.
Then, secara automatic yuran semester 2 pon myBrain akan bayar.
Lagi satu, jangan lupa untuk submit borang laporan kemajuan kat myBrain. Anda harus menghadap Koordinator Program (KP) untuk minta sign and cop. Then, pos kan ke myBrain. Alamat ada kat borang tuh.
Untuk pengetahuan anda, myBrain bayar yuran amat lah lambat. Dah habis semester baru bayar. Jadi jika anda risau akan status pelajar anda. Sila contact Bendahari or myBrain. Ini untuk ease your mind la. Time tuh aku punyalah risau sebab KP dah bagi email suruh bayar yuran tapi Bendahari cakap tak payah bayar nanti dia update status orang yang dapat myMaster ni. Risau lah status pelajar kene revoke tak pasal2 kan. Tapi, Bendahari kata ignore je dulu sebab Bendahari nak update status dengan myBrain dulu....So don't worry like me...Just contact them yer.....hehe...
Okeh rasa itu sahaja kot. Kalau ada apa2 pertanyaan jangan segan2 sila COMMENT ok.
So sesiapa yang nak ambil master tapi tiada sumber kewangan yang mencukupi macam aku....hehehe. Moh p apply myMaster sebelum tahun 2015. Lepas tuh maybe akan keluar insiatif yang lain pulak kot. InsyaAllah.

*Update 28-1-16: Katanya MyBrain akan di extend kepada tahun 2020. So sapa2 nak sambung study boleh try apply. Lagi2 untuk myPhd, sangat2 berbaloi...RM2800 tuhhh!

27 September 2013

Cara-cara untuk senang solat tahajud

Assalamualaikum,
 
Okeh , since dah banyak blog2 yang menulis tentang cara-cara solat tahajud, kebaikan dan doa2 solat tahajud.
 
So, aku just akan share cara-cara untuk senang melakukan solat tahajud.
 
Aku ni jenis kuat tidur jadi agar sukar pada mulanya. Tapi, bile mengingatkan mak and ayah aku rajin solat tahajud untuk mendoakan anak2nya. Apasalahnya aku pon sekali bangun untuk solat tahajud bagi mendoakan mereka pula....hehe
 
 
Okeh here are some tips! (Based on my experience)


1. Mulakan dengan perlahan-lahan dengan niat yang kuat. Sebelum tidur niatlah pada Allah yang kau ingin solat tahajud. Then, tidur lah kamu..hehe

Ehsan google

 
2. Set alarm! Kita hanya manusia biasa. Memang kekadang bila dah niat. Kita akan terjaga tapi tidur balik. Jadi alarm akan membantu kita juga untuk bangun. Tapi tapi sila jangan tekan "Dismiss". Dengar je alarm tu terus je bangun. Karang terus tersadai sampai alarm solat subuh pulak...Pernah terjadi pada aku...hehe




3. Istiqamah. Tak perlu memaksa diri tetapi nekad la supaya melakukan secara berterusan. Allah sukakan orang yang istiqamah nih.
 
 

 
4. Lepas tu, jangan makan banyak sebelum tidur. Karang jadi malas dan liat nak bangun.



 
TIPS! Bagi sesiapa yang ingat memulakan solat sunat seperti solat dhuha, solat hajat, solat tahajud dan lain2...Mulakan lah satu persatu. Bila dah biasa dan istiqamah, tambah lagi solat sunat yang ingin anda lakukan. Selamat beramal ya. Semoga Allah menerima segala amal kita. Amin.

26 September 2013

Cara-cara terminate P1 wimax

*New update (10 Sept 2015)
**New update (13 Apr 2017)


Assalamualaikum,

Okeh kali nih nak ajar cara-cara nak terminate wimax.

Senang je rupanya. P1 wimax laju je buat kerja. Syabas.

Maaflah P1 bukan tak nak gune P1 tapi banyak sangat dah internet. Jadi terpaksa korban kan satu. Tak mampu nak bayar semua. Maklomlah penanam anggur...waaaa


TIPS!
Pastikan TIADA bil tertunggak. Make sure langsaikan semua bil sebelum tarikh bil baru. Kalau boleh seminggu sebelum bil baru.


Kemudian, pastikan SEMUA barang yang kita dapat time memula daftar tuh ada. (Buku panduan, kabel LAN, power supply and MODEM). Kalau takde kene bayar denda. Tak boleh la nak bising2 kat kaunter sebab depa pon mengikut perintah kan. Aku hari tuh bagi kotak dengan plastic asal dia lagi. kahkahkah. **Kotak just gune kotak kasut pon boleh, mengikut maklumat pembaca blog ini


Then, after that, CALL (1300 03 1300) or guna ONLINE FORM *(http://www.p1.com.my/customercare/form/). Aku isi online form je...hehe

Then, pilih macam dalam gambar di bawah (klik gambar untuk lebih jelas):



Then, sila tunggu 3 hari (dalam masa tiga hari memang P1 akan call anda, then P1 akan bagi nombor report)


SILA SIMPAN nombor report tuh then bagi kat kaunter P1 di mana anda ingin serahkan modem. Sebab kaunter tuh akan layan sekiranya anda mempunyai no report tuh je.


Then, JANGAN LUPA, pastikan anda mendapat resit pembayaran (sekiranya serah modem sebelum tamat kontrak. kene denda RM200) dan termination form.


PENTING! Simpan resit dan termination form tuh. Lagi2, jika anda menggunakan pemotongan auto debit bagi MENGELAKKAN masalah dikemudian hari. Nak laminate pon boleh. Simpan lah selama yang boleh. Setahun dua tahun bertahun-tahun pon boleh.


Selesai dah. Harap dapat membantu sesiapa yang ingin terminate P1. Tq. :)


**Good info dari para pembaca. Terima kasih sumer atas info.


Cara setting password portal wifi

Assalamualaikum,

Hi there, still no good news from my future boss..but nevermind..InsyaAllah rezeki ada nanti kan.. Amin


Currently I have changed my internet service provider. From P1 Wimax to Portal wifi...

So, here the tutorial on how to change the username and password (security type)

Cara-cara tukar setting internet.

TIPS: Jika anda tidak tahu default gateway address anda. Sila ikot cara di bawah.




Klik

 
 
 
 
Type "cmd" then click "OK"
 
 
 
 
 
Akan keluar macam ni..then taip "ipconfig"
 

 
 
 
Okeh nanti cari default gateway seperti di bawah then copy address tu "192.***.*.*" dekat browser anda. Rasa address ni bergantung kot tak sure sama ke idak...huu


 
 
 
 
Then nanti akan keluar la panel admin anda...kat situ boleh la tuka setting password anda. Default password is "admin". So make sure you change the password too.
 
 
 
 
Next, cara tukar username and password wifi anda.
 
Tukar SSID anda
 
 
 
 
Tukar security dari "Open" ke "WPA2" supaya lebih kuat sikit. Sila guna password yang kuat supaya tak kene hack yer. Ada huruf, number, UPPERcase, LOWERcase....kah2
 
 
 
 
Then, klik "Apply"...jangan lupa lak...Lepas tu kene reconnect balik. Siap!
 
 
 
Good luck. Jika ada sebarang pertanyaan sila comment.. :)